Thursday, April 28, 2011

sick . shame . unlucky . happy . sad . !

Assalamualaikum..
hari nie aku nak post tentang SICK, SHAME, UNLUCKY, SAD and HAPPY.. Apa di maksudkan, meh aku ceritaka ya.. Baca sampai habis tau.. Hihi..

SICK..

  • Pada 26.4.2011 bersamaan hari selasa, aku pergi check gigi dekat klinik rembau.. Bila dah dapat sana, jantung aku terus berdebar dengan kencang sekali.. Sesangat takut... Aku dapat nombor giliran iaitu 4097 (nombor special).. Haha.. Jantung aku masih berdebar dengan kencang.. Tak henti-henti, sampai satu saat tu doktor panggil.. Pergh!! lagi bertambah berdebar jatung ku nie ha.. Giller lah..! Setelah dicheck dengan  penuh teliti, terdapat gigi banyak rosak.. Selepas tu, aku disahkan untuk cabut gigi yang lubang dan rosak dibahagian gigi belakang atas belah kiri.. Lagilah cuak aku.. Pergh, giller sakit doktor tu enjet 2 kali kowt.. Sesangat sakit.. Lepas tu, aku disuruh keluar dan tak lama kemudian aku disuruh masuk dan terus cabut sampai air mata yang jernih aku tu keluar tau.. Tengok betapa sakitnya.. Atoiyaiiiii.................... Hanya ALLAH je yang tahu betapa sakit nya time tu.. Tetapi, yang sedih dan kesakitan aku membara lagi membakar kerana minggu depan aku kena cabut gigi dan tampal lagi... OH MY GOD!!! sekali lagi.. Oh tidak, help me Pleasse............!!
  • Mood: ketakutan masih melanda dalam sanubari ku nie.. Trauma!!


HAPPY..

  • Pada hari rabu bersamaan 28.4.2011, pukul 9 tepat aku pergi shopping dekat rembau je dengan mak.. Haha.. Semua dah beli, kecuali kasut je belum.. Mak kata, kasut boleh beli tapi  guna duit PTPTN.. Aku beli stokin baru, baju baru, tali pinggang baru, dapat to-up rm10 je dan lain-lain lagi.. Haha, yang lain-lain tu biarlah rahsia okey.. Seronok lah juga, sebab dapat menghilang rasa kepenatan baru balik dari seremban..
  • Pada hari nie ada 2 perkara membuat aku happy iaitu dapat main boiling dengan BFF dan dapat karoake dengan kawan rembau (kawan belanja). Best dan seronok sangat.. 
  • Mood: nak main boiling dan karoake lagi lah.. Hihi..

SHAME..
  • Pada hari nie ada perkara membuat aku malu atau segan sesangat iaitu aku jatuh dekat accelator dekat Seremban Parade.. Malu dan segan sangat sebab apa aku terjatuh depan kawan-kawan lelaki iaitu dzal, alep, ikmal, dan hakim.. Tapikan nasib baik saya tak terjatuh kali 2, dan nasib baiklah ada orang tahan aku belakang sebelum jatuh.
  • Mood: diorang mesti tergelakkan aku kan.. Tak pe lah.. Sabar je lah.. Salah aku jugak..

UNLUCKY..
  • Kenapa aku cakap diri aku unlucky pada hari nie? Sebab dalam pukul 2 lebih buat pertama kalinya aku kena simbah air hujan yang bertakung dekat jalan raya.. Time tu hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku betapa malangnya nasib aku.. Mana tak nya, seluar, kasut dan tudung basah kowt.. Mengiggil aku bila masuk pintu Seremban Parade.. Aduiyaaiii.. 
  • Mood: geram dan sakit hati..

SAD..
  • Aku sedih sebab jam aku made in indon cerminnya pecah ketika aku jatuh dekat accelator. Sedih sangat sebab jam tu mak punya tapi mak bagi aku.. Sayang sangat jam tu.. Nasib baik tak ngangis.. Hahaha.. Muka aku nak ngagis, tak payah lah.. Lupakan je lah..
  • Mood: Nasib baik ada jam made in indon ada lagi satu warna biru pekat..

Saturday, April 23, 2011

Cinta Dua Jiwa..

Assalamualaikum..
Berpisah Itu Indah Jika Kita Biasa 
Berbicara Bahasa Rindu

Hari nie saya ingin bercerita sebalik tajuk yang tertera nun di atas tu. Hihi.. Tajuk itu dipetik oleh aku daripada novel yang aku baca sekarang. Novel nie kali kedua aku baca penuh. Aku pun tak tahu mana datangnya, mood aku nak baca novel nie sampaikan aku sanggup bawa dekat kolej untuk membaca dengan penuh khusyuk dan tidur sampai pukul 2 lebih pagi okey not petang.. Pergh, gillerlah aku nie kan.. Hahaha, khusyuk lah sangat aku nie. Kelakarkan, aku dah jiwa rock tetapi baca novel ala-ala minah jiwang.. Dahlah aku nie asyik nyanyi lagu ala-ala jiwang setiap kali aku berkaroke sama teman ku.. Kenapalah aku nie kan..?? Atoiyaii..

Tapi cerita dalam nie best mengisahkan seorang lelaki yang bekerja sebagai arkitek terkenal yang sangat pesetia cinta pandangan pertama dan dia juga seorang yang sensitif.. Cinta pandangan dia adalah seorang perempuan lepasan Universiti dan merangkap setiausaha kepada seorang arkitek nie yang sangat tampan lagi kacak memakai cermin mata dan juga dia memakai topi besbol.. (dalam otak aku, tertiba je aku terfikir wajah ketampanan dan kekacakan seorang arkitek nie adalah bermula huruf Z).. Haha.. Ermm.. dalam geng aku mesti dah dapat agak kan??.. Haha..

Mengenai seorang perempuan lepasan Universiti nie pulak adalah seorang perempuan yang sangat ego, egonya sangat-sangat tinggi dan sampaikan seorang lelaki arkitek nie mencoba meruntuh egonya tetapi akhirnya tergoda jugak, itu pun selepas 6 bulan mereka berkahwin..  Seorang perempuan dalam cerita nie menginggatkan aku kepada seorang kawan aku yang berego tinggi, sangat-sangat tinggi sampaikan aku terpaksa mengalah walaupun ia bukan lah salah aku sepenuhnya.. Hais!.. aku nie, tertiba-tiba je fikir pasal dia.. Ada dia fikir pasal aku, tak ada kan.. So, lupakan. Okey.. (sekadar tak nak menginggatkan si dia lagi..)

Bila dan ketika aku membaca novel  dan selepas aku membaca novel nie, aku pernah terfikir adakah sifat-sifat seorang lelaki arkitek dalam cerita nie wujud dalam nyata iaitu tak sombong, lemat lembut dari segi adap sopan satunnya, romantik, penyanyang, kuat bersabar, kekacakkan atau ketampanan dan yang penting sifat yang aku paling suka iaitu dia tidak merokok dan jugak dia seorang yang sangat setia pada cinta yang pertama dan tiada kedua mahupun ketiga atau keempat bagi dia..

Tetapi yang paling penting cerita nie mengajar aku serba sedikit erti apa itu cinta selepas kahwin walaupun aku tak ada sebarang pengalaman mengenai percintaan nie. Benar kata orang, cinta selepas kahwin lebih indah dan luar biasa daripada cinta sebelum kahwin.. 

Hariz (arkitek a.k.a suami) "jangan pernah menyukai seseorang dalam hidupmu lebih daripada yang sepatutnya kerana mungkin suatu hari nanti kamu akan membencinya. Janganlah kamu pula membenci seseorang itu lebih daripada yang sepatutnya kerana mungkin dialah orang yang paling kamu cintai. Janganlah tingal orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka itu mungkin akan tinggalkan kita untuk orang yang disayanginya." kata-katanya sangat menyusuk sanubari isteri dia adalah Aisya Humayra a.k.a setiausahanya.

Okeylah, itu je kowt aku nak post untuk hari nie.. Papai semua.. Take care yourself.. 

Thursday, April 21, 2011

kenapa dengan dia..? senang sayang kawan tapi susah benci dan buang kawan!

Assalamualaikum..
Sudah lama aku tak post sebab aku tak ada idea nak cerita apa.. Sebab prinsip aku kalau aku tak ada cerita atau ada cerita pun aku tak kan cerita dekat orang dan aku lebih suka orang cerita dekat aku..

Berbalik tajuk di atas tu. Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa dia menjadi macam tu. Sampai tahap aku teringin nak borak dan bercakap dan jugak bergurau-gurau dengan dia macam dulu-dulu tu aku takut tapi semua perkara tu tidak berulang lagi.. Setiap kali aku nak borak dengan dia, dia macam tak suka je aku borak dengan dia.. Tapi apa salah aku sampaikan dia tak nak borak dengan aku lagi.. Lagipun aku dah minta maaf dekat dia dan aku dah maaf kan dia, tapi................................................................................... Kekadang tu aku kena susun ayat dulu semata-mata nak borak dengan dia, sebab aku takut ayat aku ada menyakiti dan menyinggung hati dan perasaan buat kali kedua. Setiap kali aku borak dengan dia, aku tanya sepatah dan sepatah jugaklah dia jawab.. Kalau dulu, aku tanya sepatah rasanya lebih 2 patah dia jawab. Tapi sekarang perkara tu tidak berlaku lagi. Bahkan ampai sekarang aku tak bercakap langsung dengan dia sejak kejadian yang menimpa dulu.. Kalau mesej pun, tak guna jugak. Macam tak sudi je nak borak dengan aku. aaarrrggghhh..! mirgrain otak aku fikir mengenai nie lama-lama. tapi macam mana tak nak dan mengelak dari berfikir, sedangkan perkara tu asyik memain dalam otak aku.

Tapi walaupun aku terasa terkilan dan terasa hati dengan dia, aku tetap jadikan dia kawan aku dunia dan akhirat. Aku akan sentiasa mendoakan kebaikkan untuk dia dan menjauhi dia dari kemugkaran.. Walaupun dia anggap aku musuh dia dan macam tak wujud, aku tak kisah.. Tapi yag penting aku tetap mendoakan kesejahteraan hidup dia dan aku dapat tengok wajah dia pun dah kira bersyukur..  Dan asal nampak dia sihat pun okey jugak..

Lagipun aku susah nak membenci kawan aku walaupun dia tak suka aku.. Aku susah nak lupakan seseorang kawan aku walaupun pernah menjadi musuh aku.. Aku senang dan cepat nak sayang kawan aku tapi aku susah benci dan buang kawan aku walaupun kawan aku tu pernah menghina aku, mencaci aku, megejek aku, dan sebagainya.. Aku tak pernah berdendam dengan seseiapa pun even pun musuh ketat aku sendiri malah aku berdoakan semoga hati kawan aku berubah.


Friday, April 01, 2011

Hanya Nama Je Glamauorz..! Orangnya..? Ermm..

Assalamualaikum..
Disebalik tajuk di atas, aku ada banyak nama glamauorz. Dan hanya nama tu sahaja semua orang kenal aku.. Agak-agak aku ada lebih 5 nama aku ada, start dari sekolah agama lagi kowt! Tapi bukan disebab aku famous tentang akademik mahupun kokorikulum, aku famous sekadar dan hanya nama glamauorz je..
Glamaourz ke..??

Sekolah agama, aku di gelar bagi aspura a.k.a lelaki diorang panggil aku ialah  ROCK a.k.a OTAI sebabnya jari aku sebelah kanan macam seiras gambar sebelah tu.. Seiras ke??, macam tak je.. Tapi itu lah yang katakan oleh setengah aspura sekolah aku.. Sebab tu lah, dalam sekolah agama aku lah yang paling famous.. Ye ke? No komen!
Huhu..








Bagi sekolah teknik, aku ada 3 nama iaitu TA'IN, O'IN dan ROCK. Paling famous sekali iaitu bagi budak aspura a.k.a lelaki diorang panggil aku ROCK sebabnya aku jalan macam gangster. Bagi budak aspuri a.k.a perempuan pulak diorang panggil aku O'IN sebab dalam sekolah tu banyak sangat nama ain, so aku ubahlah sikit nama tu menjadi O'IN supaya aku tak perasan santan bila orang panggil nama "ain"..
Hehe..

Bagi kolej pulak, aku ada 3 nama di gelar oleh geng aku adalah sue, jia, nisa, dan alep iaitu, WIRELESS, WAFFELS, LOCAL NETWORK AREA.. Sue, jia, nisa, dan alep bagi nama WIRELESS dan LOCAL NETWORK AREA sebab my ex-boyfriend aku bernama L, nama pernuhnya RZ.. Lagi satu nama iaitu WAFFELS(itu kowt ejaannya) sebab my ex-boyfriend aku bernama H, macam tak ada  kena mengenakan tapi diorang panggil macam tu sebab dua-dua ex-boy(H dan RZ) nie dulu berkawan baik, sekarang tak lah.. Disebabkan aku nie pernah couple a.k.a scandall ooppss!!, terlebih suda!! Dan dengan nama yang aku sebut tadi tu lah diorang ciptalah satu nama yang bermula haruf W dan L.. Den tak tahu lah dari tag mano diorang dapat nama bergitu..
Atoiyaii..!!

So, aku ada 8 nama glamauorz dan hanya nama itu sahaja membuat kan semua kawan aku kenal aku.. Maybe kenal kowt.. Haha.. Itu je kowt aku nak post cerita untuk hari nie.. Papai.. Take care.. Aku rindulah lelaki yang suka dekat aku masa sekolah rendah dulu.. Tertiba pulak..! hihi..

Mood: Bestlah jadi orang popular disekolah! Sejak awal F1 hinggalah F5, pergh! lamakan..! HAHA...