Tuesday, June 21, 2011

Luahan Hati Aku..

Assalamualaikum..
Haii..
Guys..

Dia dah jadi sebahagian hak orang lain..

Apa di maksudkan "Dia dah jadi sebahagian hak orang lain.." .. Dia bukan lagi hak aku sepenuhnya dan maybe dia hanya sebagian hak aku je.. Nak buat macam mana kan, ketentuan dia.. Aku redha je lah.. Nak tak nak aku terpaksa jaga hati dia dan dia.. Tapi entahlah aku rasa lain sangat, maybe aku dah nak last semester kot belajar.. Setiap kali aku nampak dan ingat mesti aku bad mood dan lagi satu aku tak selesa.. Dan setiap kali tu juga hati aku merasai kejelesan dan juga iri hati, tapi hanya masa tu je.. Tapi pada masa yang sama aku happy untuk dia dan juga dia..  Entahlah pada first aku tahu, hati aku berbaur bermacam perasaan.. Maybe dah tiba masa aku mengundur diri dari dia dan dia.. Dan sejak itu lah aku tak banyak bercakap dan lebih berdiam.. Lagipun aku pun tak tahu kenapa dan mengapa aku jadi macam tu.. Ya ALLAH, tolonglah jauh segala perasaan hasat dengki dan cemburu dalam hati aku nie.. AMIN..

Tangan Bukan Bersalaman..

Kenapa aku taip tangan? Setiap kali aku bergengam tangan samada lelaki mahupun perempuan aku mesti dapat rasa sesuatu dalam hati aku nie.. Tapi aku tak pasti sesuatu itu apa kerana perasaan tu akan hancur bila gengaman dilepaskan dengan cepat.. Dan sampai ke hari nie aku tak tahu perasaan tu.. Dan aku allergic bila tangan aku bersentuhan atau gengam samada lelaki mahupun perempuan.. Aku rasa geli dan rasa lain sesangat.. Sebab tu lah aku tak suka sangat..

19 Jun 2011..

Tarikh yang aku tunggu setiap tahun.. Tapi tiada bezanya dengan tahu lain.. Kalau ada pun tahun aku dapat banyak ucapan dari kawan aku dan hanya 2 orang je yang tak ucap birthday dekat aku maybe mereka tak ingat kot atau buat-buat lupa, tak pe lah.. Ada juga bestnya iaitu family aku bawa aku pergi jalan-jalan ke nilai 3 dan bungkus makanan MarryBrown lalu makan di Lake Garden.. Tak lupa juga aku dapat ucapan dari my mom dan YB Hj Negeri Sembilan(namanya aku terlupalah).. Hari tu je best..

20 Jun 2011..

Tarikh tu mengenai aku dan kawan aku dari berbilang kos join CSR FRIM MALAYSIA.. Memang best dan sangat aventure.. Aku rasa nak join lagi.. Tak sia-sialah aku pergi.. Banyak ilmu pengetahuan aku tahu tentang pokok-pokok hutan.. Pergh! penat sangat, mana tak tawaf 2 dan 3 kali hutan tu.. Bukannya 1 hektar tapi lebih kurang 500 hektar dan bermacam-mecam pokok dan namanya pulak yang jumpa dan memeningkan kepala aku.. Tapi yang pasti tak rugi pergi dan thanks to puan faz because ajak aku pergi sama..

21 Jun 2011..

Tarikh hari nie pulak mengenai aku tengok wayang tanpa seseorang disisi menemani aku.. Aku gerak dari rumah agak-agak nak dekat pukul 9 pagi.. Aku sampai kolej lebih kurang pukul 10.. Dan aku lepak lah library nak online fb, kejap je.. Buat apa lama-lama, boring aku.. Lepas tu aku lepak sama laila DPL, pun sekajap.. Tertiba-tiba aku dapat mesej dari mentor aku dan bagitau ada mentor-mentee pukul 11.30.. Aku buat fail porfolio.. Ermm, maksud sebuah fail berwarna putih diisikan kertas warna dan mengisikan segala tugasan, tutorial, assignment, kuiz, amali, sow, paper midterm, paper final, itu je kot.. Ia mengambil masa lama lah juga.. Masa tu aku gembira sebab aku tak sabar-sabat nak check in tiket teriba-tiba aku terserempak dengan dia, last-last mood gembira aku suram dan semakin suram.. Entahlah, setiap aku pandang dan jumpa mesti mood aku bertukar.. Dan lepas je aku hantar fail tu ke bilik tutor terus aku pergi check in tiket pukul 1.40 dan the endnya 3.15.. Best dan dapat jugak rasa hilang kebosanan, kesunyian, kesuraman aku dalam hati aku.. Tapi yang peliknya setiap kali aku tengok cerita komedi romantik mesti ada jalan cerita mengenai dan seakan-akan dengan pepatah melayu iaitu "kalau perempuan nak kawhin mesti cari lelaki yang mencintai perempuan" dan "bukan perigi cari timba" .. Tapi cerita tu memang kelakar dan membuat aku terlupa perkara sedih dalam otak dan hati..

Hanya itu je kot yang aku dapat cerita buat masa sekarang..
To guys, sorry if i wrong..
And sorry if your heart broken..
And sorry because i taip ayat panjang lebar..
And sorry too if you bosan mendengarnya dan membacanya..
It is okay, i not angry to you if you cannot read anymore..
Tata..