Wednesday, March 02, 2011

family ku..

Hari nie aku bangun pagi awal dari biasa, tak silap aku aku bangun dalam pukul 7 pagi nak dekat pukul 8 pagi.. Sebabnya mak aku ajak aku pergi minum pagi dekat kedai rembau sama atok aku kebetulan pulak atok aku nak pergi klinik.. Aku makan nasi lemak sama ain nescafe suam.. Atok aku dan mak aku makan roti canai kosong dan masing-masing minum air tea dan ain nescafe suam.. Alhamdulillah, kenyang jugak..


Lepas tu, mak aku dapat berita yang adik kena saman polis berharga rm300.. Pergh, banyak siut.. Kesian mak aku sebabnya banyak masalah mak aku kena selesaikan.. Tambah satu masalah adik aku nie.. So, sekarang aku kena berjimat cermatlah...

Dalam pukul 10 lebih aku, mak ak dan atok aku pergi ke pasar dekat chembong iaitu family store@Tzemart.. mak aku dan atok beli lah keperluan untuk makan tengah hari.. Pergh, busuk kowt sampaikan aku tutup hidung dengan tisu berwarna pink.. Dalam pukul 12 aku dah sampai rumah... Hari nie or tengah hari nie aku just masak ikan masin je... Sebabnya lauk semalam masih ada..