Saturday, March 26, 2011

First suapan .. ! ?

Assalamualaikum...
Hari nie saya ingin bercerita apa maksud first suapan. Maksud first suapan bagi saya ialah buat pertama kalinya dalam seumur hidup saya, hari nie saya menyuap secebis makanan iaitu roti canai yang telah saya panas tadi ke mulut my mom ketika itu my mom tengah sibuk mengkopek kerang di singki dapur.. Time tu saya berfikir sejenak kerana apa?? Kerana, buat pertama kalinya saya menyuap makanan ke mulut my mom menggunakan tangan kiri.. Dan pada masa tu juga , saya tak sangka yang saya menyuap makanan menggunakan kanan kiri tapi nasib baik my mom tak marah.. Sebenarnya, saya tak pernah suap apa-apa makanan pun ke mulut my mom dan my dad.. Seriusly, memang tak pernah langsung!! Tapi tak tahulah masa saya kecil-kecil saya pernah suap atau tak.. Huhu... Dah lupa!! itu je kowt post untuk hari nie.. Papai..

Mood: entahlah tak tahu nak cakap apa lagi.. Haha..!!

Thursday, March 24, 2011

Realationship teman or love.. Kerja dan projek apa??..

Assalamualaikum..
Aku terlalu rindukan kawan aku masa sekolah menengah.. Kitaorang rapat tak sampai seminggu pun dah orang mempertingkaikan perhubungan kitaorang.. Aku memang rapat dengan dia(perempuan) tapi sejak aku ada sikit salah faham dengan akak angkat dia, aku dah tak rapat dengan dia da. Dia dah rapat dengan akak angkat dia.. After sekolah pun, dia mana ada mesej aku.. Asyik aku je mesej dia tapi dia jarang balas dan tak nak balas mesej aku.. Terasa terkilan dan sedih kowt!! Tapi nak buat macam mana kan, dia dah tak suka kawan dengan aku lagi.. Rehda je lah..

Tadi dalam pukul 5 lebih aku terjumpa kawan lama aku adalah apex a.k.a hafiz EN dan jugak sofia awam.. Bestlah borak dengan diorang.. Diorang macam sweet couple tapi diorang bukannya couple cuma best friends forever! Pergh, diorang nampak mesra giller kalah couple.. Tapi pada masa yang sama, hati aku tertiba je terfikir aku nak sangat couple tapi jodoh belum sapai kot.. Tapi masalahnya aku takut nak kahwin pulak.. Secara jujurnya, aku masih sayang dia tapi jodoh tak ada.. Terasa selasa di hati bila aku dekat dengan dia dan dapat borak dengan dia.. Tapi siapakah??? Biarlah rahisa ok!? Ermm, no komen!

Lagi 2 sem aku nak habis dan tinggalkan ptpl dan atau dunia ptpl seremban.. Mesti aku rasa rindu especially member aku dekat sana.. Lagipun aku tengah fikir apakah kerja sesuai dengan aku sedangkan my mom and my dad tak suka dan pantang kalau dapat tahu aku buat kerja berat-berat..!! Tapi sebelum tu, aku tengah fikir apa tajuk projek besar akhir sem nanti.. Otak aku blank a.k.a blur bila setiap kali aku fikir kerja di mana dan projek apa akhir sem nanti.. Ya ALLAH, memudahkan segala urusan aku! Amin.. Itu je kowt post hari nie.. Papai..

Mood: My heart and my mind still empty.. 

Monday, March 21, 2011

Hari yang paling best!!..

Assalamualaikum..
Aku rasa hari nie yang paling best!!!, salah satu harinya.. Sebab apa sebab aku lepak sama seseorang pertama (lelaki) dan seseorang kedua (perempuan).. Akhirnya hajat aku tercapai sebab aku dapat lepak sama dengan seseorang kedua walaupun just senyum dihati tanpa kata-kata.. Haha.. Lagipun hari nie aku dah naik sem baru da, sem 4 pendek rasanyalah bak kata member aku.. Datang kolej pukul 9 tepat.. Awal kan???, mana tak nya nak jumpa member lama dari Shah Alam.. Selepas selesai urusan di kolej, apalagi aku tengok wayanglah cerita Hikayat Merong Mahawangsa pukul 12.20, best siot!! Kalah cerita Shamsul.. 5 stars, aku bagi... Dan aku keluar dari panggung wayang dalam pukul 2 setengah lebih sikit.. 

Lepas tu, member aku lagi seorang ajak aku main boiling tapi satu hal pulak, masalah duit! aku tak ada pulak.. Cukup-cukup bayar duit tambah kowt, dah lah hari nie aku tak makan tengah hari terpaksa save duit untuk tambang balik.. Dah 3 kali miss tak silap akulah tak dapat main boiling, sedih kowt tak dapat join.. Atoiyaii!!! Sebelum aku tengok orang boiling just tengok je.. Aku solatlah zuhur sekejap.. 

Best tengok, walaupun just tengok je..!!, tapi terasa hilang bosan dihati.. Haha.. Sebab apa, sebab aku tengok gelagat masing-masing.. Kelakar giiler.. Macam-macam gaya ada.. Bak kata member aku, lembut dan lurus.. Diorang main sampai 4 game kowt, giiller lama.. Pukul 5 lebih kesemua game dah habis.. Muka masing-masing ada yang kecewa, ada yang geram, ada yang happy dan macam-macam lagi lah... Yang penting, kalah ke or menang ke tetap enjoy.. Huhu.. Itu je kowt aku post hari nie.. Papaii...

Mood: Sedih tak dapat join main boiling, just tengok je.. Tapi sebalik kesedihan, aku rasa happy dan smile always... Huhu..

Sunday, March 20, 2011

Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Assalamualaikum..
Hari nie saya pergi ulu bendul sama dengan adik saya dan tak lupa jugak aweks adik saya, gerak dari rumah dalam pukul 11.. Sampai sana dalam pukul 2 setengah.. Lambat kan??? Sebabnya ingat nak fikir pergi jerai toi, saya terlupa jalan nya.. Cari jalan tapi jumpa pulak jalan ke ulu bendul, apa lagi piknik lah di situ sahaja.. Bestlah jugak!, sejuk kowt.. Terasa sampai dekat tulang kowt.. Syok giiller, walaupun penat mencari jalan ke jeram toi... Huhu.. Lagi pun nie kali pertama saya pergi jalan-jalan jauh sama dengan adik saya tanpa my mom and my dad.. Realy-realy happy.. Pukul 4 lebih, saya dah balik rumah.. Penat sesangat!!

By the way, my mom and my dad dah selamat balik dari Balik Kapan, Indonesia.. Syukurlah mereka selamat balik..Banyak barang my mom and my dad beli untuk saya dan adik-adik saya.. Semua adik saya dapat songkok, saya je lain.. huhu.. Selain itu, saya punya pulak, my mom belikan saya jam baru warna biru, kusang biru dan beg biru, semuanya warna biru... Because i like colour blue.. Haha.. Cantik sangat.. Thank you mom! Love you!  Lupa pulak nak cerita, malam nie my family pergi makan KFC Tampin.. Adik ketiga berlanja because dia dapat gaji penuh dari kedai mak cik atau kedai kak awai a.k.a Cendol Madu rembau.. Itu je saya post untuk hari nie.. papai..

Mood: happy sesangat walaupun tadi kena marah sebabnya rumah tak berkemas.. Hehe.. 

Thursday, March 17, 2011

Balik Kapan, Indonesia..

Assalamualaikum..
Hari nie my dad and my mom pergi cuti ke Balik Kapan, Indonesia.. My mom and my dad sudah bangun seawal 4 lebih pagi kerana untuk menyiapkan diri.. Daalam pukul 5 lebih my mom and my dad dah gerak dari rumah ke airport.. Apalagi, aku sambung tidur lah.. Hahah. Tapi sebelum tu aku dah salam my mom and my dad.. Tepat pukul 10 my mom and my dad dah naik flight.. Aku harap my dad and my mom sampai dekat sana dengan sebaik mungkin.. My dad and my mom pergi selama 3 hari je.. Huhu..

So, selama 3 hari nie aku je lah yang jaga rumah, jaga adik dan jaga semuanya.. Mana taknya, aku je perempuan sulung tunggal.. Atoiyaii.. Pening kepala den!! Dahlah semuanya adik aku hero, ego masing-masing dah tinggi dan jugak suka ikut kepala diorang dia..  Aku harap selama 3  hari nie tiada apa-apa berlaku dalam rumah nie.. Itu je kowt aku post untuk hari nie.. papai..

Mood: Sedih tak dapat ikut my mom an my dad pergi cuti.. ='(..

Tuesday, March 15, 2011

Jeram toi, Jelebu, Kuala Pilah, Negeri Sembilan..

Assalamualaikum..
Hari nie aku rasa hari nie yang paling best dalam hidup aku.. Aku pergi jeram toi sama adik aku dan geng-geng adik aku dan jugak geng kak awai.. Nak tahu, paling aku tak sangka aku pergi jeram toi sama Muhammad syukri.. Oh my GOD!!.. Yup!! Hahaha...!! Nokomen!! Sebelum aku terlupa, selain mereka diatas aku pergi dengan akak baru iaitu akak ammar dari Tawau, Sabah..

Aku gerak dari rumah kak awai dalam pukul 3 ptg.. Sebelum tu aku makanlah nasi putih+ sayur toger kicap+ayam masak cili api.. Sedap koet.. Dah lama da aku tak makan dengan mak cik.. Huhu.. Aku sampai sana dalam pukul 4 lebih kowt.. Pergh!, ramai orang kowt.. Maklumlah cuti sekolah kan, tapi yang paling ramai lelaki lah.. Best giller kowt, air sejuk sesangat.. Syok habislah... Mana taknya, baru first time kowt aku pergi.. Huhu.. Memang best, dah lama aku tak pergi tempat-tempat macam tu.. 

Nak tahu, aku pun tak sangka dia ikut.. Mana taknya, aku melangkah je masuk rumah kak awai.. Terasa hati berdebar degup bagaikan angin yang terlalu kencang, tapi bila dah nampak dia hati aku tertiba dah senyap bagaikan angin sempui-sempui bahasa.. Haha... Seriusly,  tapi tengok gaya dia kan dia macam tak tahu pape pun.. Kalau aku tahu lebih awal yang dia ikut, sumpah! aku tak kan ikut.. 

Masa dekat sana aku menginggat kembali kisah-kisah aku masa kecik-kecik suka main air sungai... Paling best sekali, aku menginggatkan aku ketika aku mandi ternampak lelaki idaman aku..Pergh, hemsem kowt.. Haha.. Itu je kowt aku nak post untuk hari nie... Papai...

Mood: Happy, best, terkejut pun ada jugak.. hehe..



Monday, March 14, 2011

kakiku terseliuh.. ='(

Sebenarnya aku tak tahu nak post apa lagi, tak idea langsung.. Tapi ada lah sikit je aku nak bercerita, tak banyak pun.. Hari nie dalam pukul 12 tengah malam nak dekat pukul 1 pagi, aku terjatuh.. Kaki aku terseliuh.. Entah macam mana tah, kaki aku boleh terpeleot sampai bengkaklah tu.. Aduiyaii, tu yang parah kalau dah duduk bilik atas nie.. (rumah banglo 2 tingkat, aku duduk bilik atas) Sakit tak lah peritnya tapi nak berjalan tu yang payah.. Aku tak tahu lah sama ada aku datang kolej atau tak seandainya kaki aku tak sembuh lagi.. Itu je kowt aku nak post.. Buat masa nie aku tak idealah..

mood: tiada apa yang menarik dalam kehidupan aku dan juga tentang diri aku..

Friday, March 11, 2011

1. Exam perisian sistem pada 10 mac 2011 pukul 2.30-5.30...

Aku datang kolej dalam pukul 10 lebih.. lepas tu aku study dengan member aku dekat library.. Tapi hanya atau mungkin 10 peratus je yang aku ingat.. Dalam pukul 1.30 aku pergi solat zuhur sekejap.. Bila aku berdiri depan pintu lalu aku duduk tempat aku dan aku rasa takut dan cuak dan jugak bermacam-macam lagilah.. Setelah aku disuruh melihat kertas soalan dan aku meneliti soalan.. Pergh, tertiba je otak aku blur a.k.a blank terus.. Aku baca semua tapi apa yang aku pasti keluar atau jamin keluar tak keluar banyak.. Masa tu, hanya yang maha ESA je yang tahu.. Aku tak tahulah apa aku jawab dalam kertas, aku main taram dan ikut kepala aku je.. Nasiblah.. Buat pertama kalinya aku tak jawab soalan akhir sekali bahagian B.. Aku fedap duduk dalam df3 lama-lama last-last aku keluar dalam pukul 3.50 minit.. Aku harap keputusan aku tak teruk sangat.. Aku harap pointer aku tak lah turun sangat.. Aku harap aku lulus walaupun hanya atau dapat C-, C+ dan C sahaja.. AMIN..

2. Aku sayang dia dan aku rindu dia (lelaki yang aku suka)...

Masa darjah enam, aku ada ramai kawan kawan hanya segelintir je tak suka aku sebab aku cacat dan jugak masa dekat sekolah aku famous..  Ketika aku menaip dan aku tak ada idea nak post apa lagi, teriba-tiba je aku teringat dekat mamat yang aku suka..  Mana tak nya, masa dalam kelas dia asyik pandang aku itu pun member baik aku bagitau.. Start tu lah aku suka dekat dia.. Last ekali aku terserempak masa dekat perpustakaan awam dan bas tan rembau.. Mungkin dia dekat oversease atau pun dalam malaysia sekarang nie.. Tapi adakah dia tahu selama kini aku rindu dekat dia? Aku selalu harap dapat jumpa dia suatu hari nanti walaupun ketika itu dia telah menjadi suami orang.. AMIN..

3. Aku benci dia dan aku tak suka dia (perempuan yang tak suka kan aku)...

Aku tak tahu apa silap aku sebenarnya pada dia sedangkan aku dah minta maaf.. Tapi dia still mengelak dari aku dan berjumpa aku.. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dia selalu kacau aku dan usik aku tapi sekarang nie hanya tinggal kenangan.. Memang betul aku ada ramai kawan tapi kalau aku dah sayang kawan aku memang susahlah aku nak melupakannya.. Aku tak nak kehilangan kawan aku walaupun musuh aku sekali pun dan walaupun hanya seorang je.. Aku tak nak!!! Walaupun dia tak nak mengaku yang dia selalu mengelak dari aku tapi aku dapat rasa setiap kali aku terserempak dengan dia dan pandang wajah dia aku tahu dan rasa dia macam nak mengelak je dari aku.. Tapi nak buat macam mana kan.. Dia dah tak boleh terima cara aku lagi da.. Aku redha je lah.. Aku harap dia bahagia dengan kehidupan dia.. AMIN.. 

4. Aku terlalu rindu dan ingin sangat nak jumpa dia (kawan aku masa kecil)...

Aku ingin sangat nak jumpa dia.. Aku rindu dekat dia sesangat!! Bila kah aku dapat jumpa dia..? Ya ALLAH, tolonglah pertemukan aku dengan dia.. agak-agaknya bagaimana rupa dia sekarang kan? Hanya tuhan je yang tahu betapa aku sayang dan rindu dekat dia sekarang nie.. Dan jugak hanya tuhan je yang tahu, betapa hancur nya hati aku bila aku tahu dan terpaksa meninggalkan segala kenangan aku bersama dia.. Tapi aku rindu sangat sangat dekat dia.. Setiap kali aku menginggat kembali sejarah aku masa dekat sekolah jempol, bahau, kuala pilah, negeri sembilan.. mesti aku sedih dan tanya diri aku, bilakah aku dapat jumpa dia lagi..? Aku harap dia bahagia bersama orang tersayang.. Aku harap aku dapat jumpa dia sebelum nafas terakhir aku nanti.. AMIN..


Mood: kurang gembira kurang senyum!!!!!!

Sunday, March 06, 2011

20 perkara yang membuat wanita atau perempuan BENCI lelaki!!!


Hari nie aku bercerita tentang sifat-sifat lelaki yang dibenci oleh segelintir perempuan dan wanita.. Hari nie jugak telah berlakunya adik aku ke-3 kena sepak terajang dekat adik aku ke-2.. Memang teruk sesangat!! Perasaan aku masa tu bercampur aduk, kesedihan, ketakutan, terkejut dan macam-macam aku fikir dan rasa.. Masa tu aku hanya mampu berdoa semoga tuhan menredakan hati adik aku yang ke-2 tu dan aku tidak mampu untuk menghalangnya.. Aku hanya sekadar menasihati adik aku ke-2 untuk bersabar dan aku berkata " sudahlah, jangan sepak lagi kesian budak tu!!"  Tapi memang tak lah, adik aku ke-3 tetap kena sepak terajang.. Giller kesian aku tengok!! Perasaan aku masa tu hanya tuhan je yang tahu..
Aku takut nak kahwin dengan lelaki yang bersifat di bawah.. Sangat-sangat takut..  Mungkin kerana aku tidak mampu buat apa-apa kalau perkara di bawah berlaku dekat aku nanti suatu hari nanti..


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka… macam mana tu?
3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?
Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha sedarlah!
11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya?
Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


Renung-renunglah..


Papai!! Take care!! Mood: kesedihan dan kedukaan tengah melanda di hati.. 



Saturday, March 05, 2011

exam pengaturcaraan web..

Hai semua.. Hari nie aku ingin bercerita tentang peperiksaan dan perasaan aku ketika dan sedang menjawab exam.. Hari nie aku bangun pagi agak lewat so, subuh pun aku sembahyang lewatlah.. Huhu.. Aku gerak dari rumah lewat tapi nasib baiklah bas cepat datang.. Aku gerak ke kolej dalam pukul 8.10 dan cari tempat duduk.. Ketika aku duduk dan aku terus buka nota sambil memandang permandangan di waktu pagi.. Dan aku berharap dan berdoa semoga aku sempat sampai dan tidak lewat tapi nasib baik lewat 10 minit je.. Bila dah sampai depan pintu df3, aku pandang kawan-kawan aku sambil tu hati dan jantung aku berdebar-debar bagaikan angin bertiup kencang.. Mana taknya, aku belum habis baca nota.. Lepas tu, aku duduk dan meneliti soalan terlebih dahulu, boleh tahanlah, tak susah mana yang aku fikirkan selama kini.. Tapi itu lah, entah apa tah aku jawab pun aku tak tahu..!!! Ermm.., hati aku berkata hanya mampu berserah kepada Illahi.. 

Dalam pukul 10 lebih kowt aku keluar dengan hati yang takut dan cuak!! Mana tak nya, aku baca pagi tadi dalam bas.. Selain tu, aku takut aku jawab soalan tak kena dengan soalan yang di beri.. Mampus aku kena tocher dekat my mom tiri.. Oh tidak.. !!!Oppps..!!! Aku dah cakap terlebih pulak... Nasiblah.. Haha.. No komen!! Dan ketika aku beredar dari kelas, aku berdoa semoga aku lulus dengan cemerlang walaupun hanya lulus tahap C je.. Lepas aku keluar barulah kawan-lawan aku keluar tapi muka kawan-kawan aku semuanya muka happy.. Conform kawan-kawan aku dapat A.. Untunglah... Setelah selesai semuanya, aku dan kawan-kawan aku pergi makan tempat biasalah.. Mana tak nya, masing-masing dah tahap kebuluran da...

Aku ingat nak pergi tengok wayang tapi hajat aku tak sampai sebabnya duit aku tak cukup.. Terpaksalah aku tengok wayang di hari yang lain.. Bila tak dapat tengok wayang, pergi karoake pun jadi lah sebabnya nak hilang tention dekat otak aku yang memikirkan exam tadi.. Tapi lain pulak jadinya, beg duit warna purple hilang di tempat kejadian (tempat biasa aku makan).. So, aku tak dapat menyanyi.. Aku dah lah tak reti nak menasihat orang apatah lagi nak memujuknya.. Alamatnya, aku just tengoklah reaksi mukanya.. Kesedihanya melanda pada reaksi mukannya..
Mana tak nya, dalam tu ada perlbagai-bagai khazanah dia miliki.. Aduh!, kesian aku tengok eh.. Lepas tu, aku balik rumahlah.. Haha..
Oklah, itu je aku nak cerita... Tak ada apa yang menarik dalam hidup aku.. Tata...

Friday, March 04, 2011

kawan-kawan aku..

Hari nie aku bangun pagi pukul 8.40 pagi.. Lepas tu aku basuh muka dan gosok gigi turun bawah nak pergi sarapan dengan my mom di ruang tamu.. Aku dan mak aku makan roti canai kosong sama air nescafe.. Aku naik bilik aku yang agak bersepah dan capai satu benda lalu terus pergi mandi.. Lepas selesai semuanya baru aku turun ke bawah.. Tertiba aku dapat tu mesej dari seorang kawan aku nie..

member: ko dah gerak ke?
aku naik bas city liner dari tampin

aku: ok je..

lepas tu aku gerak dari rumah dah sampai bas tan.. Nak dekat setengah jam rasa lah baru dapat bas city liner.. Aku duduk belakang sekali.. Dan sampai ke sungai gadut ada mamat bangla kowt duduk sebelah aku, pergh!! busuk kowt.. dah berapa lama entah baju mamat bangla tu tak basuh baju.. tak tahan aku duduk situ.. Nasib baiklah ada mamat melayu turun dekat ktm.. Kirannya berlepas lah jugak nafas aku time tu...

Dalam pukul 11.15  aku dah sampai kolej sama kawan aku.. Nak study sama-sama kan.. Last-last kawan aku berkata pukul 12 pergi makan.. Pergh, giller sekejap kitaorang study... Ingatkan study sampai petang, dah pulak kawan aku sorang nie katanya nak jumpa oppa dia.. atoiiyaiii... Alamatnya aku lepak lah dekat term.. Nasib baik lah member aku ajak aku tengok main boiling dekat Seremban Parade... Tak dapat main, tengok pun jadi lah.. Best kowt, rasa hilang bosan aku.. Nak tahu, diorang main sampai 4 game, bapaklah... Dah 1 or nak dekat 2 jam aku lepas dekat sana.. Tertiba aku dapat satu mesej... 

my mon: mana

aku: seremban.. mak, nanti turun mana? petronas or rembau?

my mom: rembau

Itu menandakan aku kena balik lah.. tapi sayangnya, aku tak dapat tengok diorang main boiling sampai habis..

Itu je cerita aku.. Tata...




Wednesday, March 02, 2011

family ku..

Hari nie aku bangun pagi awal dari biasa, tak silap aku aku bangun dalam pukul 7 pagi nak dekat pukul 8 pagi.. Sebabnya mak aku ajak aku pergi minum pagi dekat kedai rembau sama atok aku kebetulan pulak atok aku nak pergi klinik.. Aku makan nasi lemak sama ain nescafe suam.. Atok aku dan mak aku makan roti canai kosong dan masing-masing minum air tea dan ain nescafe suam.. Alhamdulillah, kenyang jugak..


Lepas tu, mak aku dapat berita yang adik kena saman polis berharga rm300.. Pergh, banyak siut.. Kesian mak aku sebabnya banyak masalah mak aku kena selesaikan.. Tambah satu masalah adik aku nie.. So, sekarang aku kena berjimat cermatlah...

Dalam pukul 10 lebih aku, mak ak dan atok aku pergi ke pasar dekat chembong iaitu family store@Tzemart.. mak aku dan atok beli lah keperluan untuk makan tengah hari.. Pergh, busuk kowt sampaikan aku tutup hidung dengan tisu berwarna pink.. Dalam pukul 12 aku dah sampai rumah... Hari nie or tengah hari nie aku just masak ikan masin je... Sebabnya lauk semalam masih ada..