Monday, February 06, 2012

Kisah Hidup Aku..

Assalamualaikum..
Haii..
Sorry lama aku tak update..
Apa-apa pun aku nak ucap Salam Maulidurasul.. 
Sama-sama kita berselawat ke atasnya.. AMIN..

Nama aku Nor'Ain Aliyas. Aku anak sulung dari 6 orang adik beradik. Semua lelaki, sebab tu aku jenis hati kering dan kasar.  Dulu aku dan family aku tinggal dekat Sarawak, bumi kenyalang. Disana aku dibesar dengan pelbagai kaum dan kehidupan lelaki. Maksudnya, aku bermain dengan lelaki. Suka mainan lasak-lasak. Setiap tahun aku dan family aku asyik berulang dari Sarawak ke Negeri Sembilan. Memang best aku dapat naik kapal terbang. Masa tu aku kecil lagi.

Masa aku darjah 1 hingga 4 setengah bulan aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol, Kuala Pilah. Masa tu aku sangat bodoh dan tak pandai. Kerana aku pergi sekolah hanya my parents suruh dan aku nak enjoy dengan friends. Hari-hari aku kena denda dengan cikgu. Setiap subjek aku belajar selalu kena denda sebab aku tak siap kerja sekolah. Sebab aku memang bodoh.

Masa darjah 4 selebihnya hingga darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Salak Sama. Selama aku belajar dekat situ, hari-hari aku didenda, dicaci, dihina, difitnah dan macam-macam. Cuba banyangkan semua budak dalam sekolah tuh, semuanya benci aku sebab hanya aku cacat.  Dah lah aku bodoh dan sangat-sangat lambat pekap otak. Pada suatu hari tu, aku terpaksa masuk kelas pemulihan sebab aku tak tahu membaca, mengeja perkataan. CAYA TAK!! Cayalahlah..  Disebabkan aku masuk kelas tu dan cikgu adibah tu tekun dan sabar mengajar aku, sampai sekarang aku dapat belajar walaupun tak tinggi mana pun. Kekadang-kekadang aku macam nak nangis dan lari je. Tapi nak buat macam mana, aku terpaksa.  Setiap pagi lepas beratur di perhimpunan aku mesti kena marah dan cakap "kau memang memalukan kitaorang" sebab aku termuntah di depan semua pelajar dan guru-guru. Hari-hari tau. Aku memang tak boleh berdiri lama-lama, tapi diorang tak faham. Sebab tu, aku dihina, dicaci, dimarahi setiap hari. Dalam kelas mahupun luar kelas, ada je dioarang nak fitnah aku, nak ejek aku cacat. Bayangkan, aku asyik kena kacau dengan kawan lelaki india dan ejek aku macam-macam.  Pada suatu hari tu, aku nak denda iaitu pembaris dekat papan hitan tu, ustazah pukul tangan aku kedua-dua belah, nak dekat 10 kali kot aku kena.  Cuba bayangkan aku kena disepan semua pelajar dalam kelas ustazah, dah ustazah tu angkat pembaris tu 90 darjah dan lepas tu, pukul tangan aku. Aku bertahan tapi air mata aku tetap nangis.  Bila balik je rumah, my mom dan my dad aku dah tau segala-segalanya.. Last-last aku tukar sekolah disebabkan hanya aku kena denda.  Lagipun aku sengaja tak nak my parents tau, tapi tau jugak.

Masa aku darjah 6 aku sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Kayu Ara.  Semua cikgu dan murid-murid suka dengan kawan aku tapi ada jugak segelintir pelajar suka ejek aku cacat dan cakap jari aku jari ketam. Waktu dan tahun nie, aku dapat feel jadi murid yang disenangi ramai cikgu termasuk acik pekebun dan jaga.

Ketika aku diterima Sekolah Menengah Undang Rembau, tingkatan 1 tak sampai 3 hari. Aku rasa sangat-sangat kecil sebab diorang terlalu pandai dan terlalu ramai. Dalam kelas tu ada 40 orang, macam mana aku nak belajar. Dengan ada pelajar cina, hindia yang tak reti nak hormat aku.  Tapi yang aku pelik tu, selama aku belajar tak sampai 3 hari, semua orang kenal aku, siap nama aku lagi tuh.  Padahal, aku tak kenal pun satu budak kelas dan nama pun, dan muka. Langsung tak kenal, tapi macam diorang kenal aku. 

Selepas tu aku pindah Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau hingga tingkatan 3.  Dari situ lah aku tahu erti semuanya. Aku belajar solat, pakai tudung, jangan menipu ibu bapa, erti persahabatan, dan aku belajar berkawan dengan budak perempuan.  Bayangkan selama aku belajar dekat situ, aku dah 2 nama iaitu gangster dan otai. Itu semua pelajar lelaki panggil aku.  Dan diorang mesti tunduk hormat dengan aku bila diorang terserempak dengan aku.  Aku tak tahu pun macam mana situasi tu berlaku.  Hari-hari tau.  Dan hari-hari aku bawak beg penuh dengan jajan aku bawak untuk budak luar dan budak asrama.  Yang pelik aku tak pernah kena sound dengan semua ustaz dan ustazah pun evenpun semua ustaz dan ustazah tau aku bawak. Lepas rehat je, tong sampah mesti penuh dengan jajan aku.. Sampai bersepahlah kelas tu.. Kesian giller.. 

Sebelum aku ke sekolah teknik, aku Sekolah Menengah Agama Gadong. Aku sekolah tu, tak sampai seminggu semua barang aku dekat asrama mahupun dalam bilik air hilang serta merta. Ada orang curi.. Padahal semua tuh, semua barang baru je beli. 

Ketika aku Sekolah Menengah Teknik Juasseh, tingkatan 4 dan 5, aku melangkah je sekolah dan asrama tu. Aku memang dah agak ada perkara mesti berlaku.  Ketika tu aku tak sangka pekara ini berulang lagi iaitu, aku kena ejek cacat, dihina, dipulau, dan dibenci.  Semua orang benci aku sebab aku cacat, semua seniora beck up aku, dan aku terpaksa barua!  Cuba bayangkan apa jua situasi belaku dalam asrama tuh, aku mesti orang pertama tahu. Ada suatu hari tuh, aku masuk melangkah prep belajar, aku dapat rasa ada sesuatu akan berlaku kejap lagi. Tup-tup betul jangkaan aku.  Ada 3 orang exco tanya aku seorang sahaja, padahal ramai lagi tapi aku jugak yang kena.  Esok hari tuh, kecoh-kocoh aku kena ejek "O'in barua".  Ada suatu hari tuh, aku masuk dorm tertiba-tiba je akak dorm aku tanya " O'in, cuba bagitau aku sape ejek ko" aku pulak " dengan muka blur dan kata tahu" Lepas je makan malam dan solai isyak berjemaah je, semua geng mengata dan mengejek aku dah ada dekat dorm aku. Sampai tahap tu, senior aku back up aku.  Padahal, hal tu aku tahu papepun.  Tapi sayang, diorang tak tahu hari jadi aku. Sebab siapa yang hari jadi esoknya, sebelum tuh birtday girl mesti kena rumble pada 12 tengah malam.  Tapi tak ada satu orang pun berani usik aku dan rumble aku pun. Bila masuk tingkatan lima, aku dipanggil ROCK oleh semua pelajar lelaki.  Pun sama, diorang mesti tunduk hormat setiap  kali diorang terserempak dengan aku.  Cukup sekadar angkat tangan ke..  Tapi aku dah masuk, aku tetap kena fitnah dan dituduh macam-macam.. Apa je belaku, mesti ada kena-mengena dengan aku walaupun, sikit.  Ada je nak dengki dengan aku. Ada sekali diorang cakap aku perampai adik angat.. Haisshh.. sabar je lah..

Dan sampai sekarang budak-budak lelaki kenal aku stil panggil aku rock dan angkat tangan tanda hormat dekat aku. Papepun setiap perkara, aku sentiasa ingat. Walaupun aku pernah dicaci, dihina, difitnah, dimarah, didenda, diejek dan macam-macam lagi.. Lagipun apa yang berlaku dengan sekolah, aku tak pernah bagitau dekat my parents aku sebab aku takut aku kena pindah sekolah lagi. 


Tapi ada sesuatu mengingatkan aku, iaitu kawan sekelas aku masa tingkatan 5 berkata pada aku, 
Kawan: Ain, aku dan kitaorang bangga aku dapat kawan dengan ko dan jadi kawan ko.
Aku: kenapa pulak?
Kawan: kitaorang bangga sebab kawan aku cacat nie dapat belajar sekolah teknik.
Aku: Terharu dan Terdiam.