Friday, March 11, 2011

1. Exam perisian sistem pada 10 mac 2011 pukul 2.30-5.30...

Aku datang kolej dalam pukul 10 lebih.. lepas tu aku study dengan member aku dekat library.. Tapi hanya atau mungkin 10 peratus je yang aku ingat.. Dalam pukul 1.30 aku pergi solat zuhur sekejap.. Bila aku berdiri depan pintu lalu aku duduk tempat aku dan aku rasa takut dan cuak dan jugak bermacam-macam lagilah.. Setelah aku disuruh melihat kertas soalan dan aku meneliti soalan.. Pergh, tertiba je otak aku blur a.k.a blank terus.. Aku baca semua tapi apa yang aku pasti keluar atau jamin keluar tak keluar banyak.. Masa tu, hanya yang maha ESA je yang tahu.. Aku tak tahulah apa aku jawab dalam kertas, aku main taram dan ikut kepala aku je.. Nasiblah.. Buat pertama kalinya aku tak jawab soalan akhir sekali bahagian B.. Aku fedap duduk dalam df3 lama-lama last-last aku keluar dalam pukul 3.50 minit.. Aku harap keputusan aku tak teruk sangat.. Aku harap pointer aku tak lah turun sangat.. Aku harap aku lulus walaupun hanya atau dapat C-, C+ dan C sahaja.. AMIN..

2. Aku sayang dia dan aku rindu dia (lelaki yang aku suka)...

Masa darjah enam, aku ada ramai kawan kawan hanya segelintir je tak suka aku sebab aku cacat dan jugak masa dekat sekolah aku famous..  Ketika aku menaip dan aku tak ada idea nak post apa lagi, teriba-tiba je aku teringat dekat mamat yang aku suka..  Mana tak nya, masa dalam kelas dia asyik pandang aku itu pun member baik aku bagitau.. Start tu lah aku suka dekat dia.. Last ekali aku terserempak masa dekat perpustakaan awam dan bas tan rembau.. Mungkin dia dekat oversease atau pun dalam malaysia sekarang nie.. Tapi adakah dia tahu selama kini aku rindu dekat dia? Aku selalu harap dapat jumpa dia suatu hari nanti walaupun ketika itu dia telah menjadi suami orang.. AMIN..

3. Aku benci dia dan aku tak suka dia (perempuan yang tak suka kan aku)...

Aku tak tahu apa silap aku sebenarnya pada dia sedangkan aku dah minta maaf.. Tapi dia still mengelak dari aku dan berjumpa aku.. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dia selalu kacau aku dan usik aku tapi sekarang nie hanya tinggal kenangan.. Memang betul aku ada ramai kawan tapi kalau aku dah sayang kawan aku memang susahlah aku nak melupakannya.. Aku tak nak kehilangan kawan aku walaupun musuh aku sekali pun dan walaupun hanya seorang je.. Aku tak nak!!! Walaupun dia tak nak mengaku yang dia selalu mengelak dari aku tapi aku dapat rasa setiap kali aku terserempak dengan dia dan pandang wajah dia aku tahu dan rasa dia macam nak mengelak je dari aku.. Tapi nak buat macam mana kan.. Dia dah tak boleh terima cara aku lagi da.. Aku redha je lah.. Aku harap dia bahagia dengan kehidupan dia.. AMIN.. 

4. Aku terlalu rindu dan ingin sangat nak jumpa dia (kawan aku masa kecil)...

Aku ingin sangat nak jumpa dia.. Aku rindu dekat dia sesangat!! Bila kah aku dapat jumpa dia..? Ya ALLAH, tolonglah pertemukan aku dengan dia.. agak-agaknya bagaimana rupa dia sekarang kan? Hanya tuhan je yang tahu betapa aku sayang dan rindu dekat dia sekarang nie.. Dan jugak hanya tuhan je yang tahu, betapa hancur nya hati aku bila aku tahu dan terpaksa meninggalkan segala kenangan aku bersama dia.. Tapi aku rindu sangat sangat dekat dia.. Setiap kali aku menginggat kembali sejarah aku masa dekat sekolah jempol, bahau, kuala pilah, negeri sembilan.. mesti aku sedih dan tanya diri aku, bilakah aku dapat jumpa dia lagi..? Aku harap dia bahagia bersama orang tersayang.. Aku harap aku dapat jumpa dia sebelum nafas terakhir aku nanti.. AMIN..


Mood: kurang gembira kurang senyum!!!!!!