Saturday, April 23, 2011

Cinta Dua Jiwa..

Assalamualaikum..
Berpisah Itu Indah Jika Kita Biasa 
Berbicara Bahasa Rindu

Hari nie saya ingin bercerita sebalik tajuk yang tertera nun di atas tu. Hihi.. Tajuk itu dipetik oleh aku daripada novel yang aku baca sekarang. Novel nie kali kedua aku baca penuh. Aku pun tak tahu mana datangnya, mood aku nak baca novel nie sampaikan aku sanggup bawa dekat kolej untuk membaca dengan penuh khusyuk dan tidur sampai pukul 2 lebih pagi okey not petang.. Pergh, gillerlah aku nie kan.. Hahaha, khusyuk lah sangat aku nie. Kelakarkan, aku dah jiwa rock tetapi baca novel ala-ala minah jiwang.. Dahlah aku nie asyik nyanyi lagu ala-ala jiwang setiap kali aku berkaroke sama teman ku.. Kenapalah aku nie kan..?? Atoiyaii..

Tapi cerita dalam nie best mengisahkan seorang lelaki yang bekerja sebagai arkitek terkenal yang sangat pesetia cinta pandangan pertama dan dia juga seorang yang sensitif.. Cinta pandangan dia adalah seorang perempuan lepasan Universiti dan merangkap setiausaha kepada seorang arkitek nie yang sangat tampan lagi kacak memakai cermin mata dan juga dia memakai topi besbol.. (dalam otak aku, tertiba je aku terfikir wajah ketampanan dan kekacakan seorang arkitek nie adalah bermula huruf Z).. Haha.. Ermm.. dalam geng aku mesti dah dapat agak kan??.. Haha..

Mengenai seorang perempuan lepasan Universiti nie pulak adalah seorang perempuan yang sangat ego, egonya sangat-sangat tinggi dan sampaikan seorang lelaki arkitek nie mencoba meruntuh egonya tetapi akhirnya tergoda jugak, itu pun selepas 6 bulan mereka berkahwin..  Seorang perempuan dalam cerita nie menginggatkan aku kepada seorang kawan aku yang berego tinggi, sangat-sangat tinggi sampaikan aku terpaksa mengalah walaupun ia bukan lah salah aku sepenuhnya.. Hais!.. aku nie, tertiba-tiba je fikir pasal dia.. Ada dia fikir pasal aku, tak ada kan.. So, lupakan. Okey.. (sekadar tak nak menginggatkan si dia lagi..)

Bila dan ketika aku membaca novel  dan selepas aku membaca novel nie, aku pernah terfikir adakah sifat-sifat seorang lelaki arkitek dalam cerita nie wujud dalam nyata iaitu tak sombong, lemat lembut dari segi adap sopan satunnya, romantik, penyanyang, kuat bersabar, kekacakkan atau ketampanan dan yang penting sifat yang aku paling suka iaitu dia tidak merokok dan jugak dia seorang yang sangat setia pada cinta yang pertama dan tiada kedua mahupun ketiga atau keempat bagi dia..

Tetapi yang paling penting cerita nie mengajar aku serba sedikit erti apa itu cinta selepas kahwin walaupun aku tak ada sebarang pengalaman mengenai percintaan nie. Benar kata orang, cinta selepas kahwin lebih indah dan luar biasa daripada cinta sebelum kahwin.. 

Hariz (arkitek a.k.a suami) "jangan pernah menyukai seseorang dalam hidupmu lebih daripada yang sepatutnya kerana mungkin suatu hari nanti kamu akan membencinya. Janganlah kamu pula membenci seseorang itu lebih daripada yang sepatutnya kerana mungkin dialah orang yang paling kamu cintai. Janganlah tingal orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka itu mungkin akan tinggalkan kita untuk orang yang disayanginya." kata-katanya sangat menyusuk sanubari isteri dia adalah Aisya Humayra a.k.a setiausahanya.

Okeylah, itu je kowt aku nak post untuk hari nie.. Papai semua.. Take care yourself..